Monday, December 31, 2018

Penutup tahun 2018





Penutup tahun 2018 dengan customer tetap yang dah bertahun2 menghantar kotak bungkusan. Dan sebuah Naza Cruise 250. 
Berbagai pengalaman pahit manis 2018 kita jadikan pelajaran dalam menempuh tahun mendatang.
Orang kata kita perlu membuat berbagai cabang perniagaan, antara yang pernah saya buat dan pengalaman sepanjang tahun 2018 :
1. Membeli dan menjual motorsikal lama/ terpakai. 
2. Menjual durian - seronok, sangat penat, dapat ramai kenalan baru.
3. Pemandu tetap saya berhenti kerja kerana dapat offer yg lebih baik. Dia ada degree, senang bekerja dengan dia dan mudah faham arahan. 
4. Memberi servis sewa Hilux. 

Matlamat tahun 2019 : 
1. Mengekal dan mengembang kan lagi perniagaan pada tahun 2018
2. Membuat promosi secara tersusun dan sistematik. 
3. Menambah pelanggan tetap. 
4. Menambah kereta sewa. 
5. Menggunakan application tertentu untuk sebut harga dan invoice. 
6. Merancang kewangan, elakkan berhutang, rajin menyimpan. 
Semoga pengalaman dan marlamat baru ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca yang membaca blog saya. 

Sekian..

0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp



Wednesday, December 19, 2018

Bila suruh driver ambil gambar.


 

Inilah hasilnya bila suruh yang ‘pakar’ ambil gambar. Tak tahu di mana dia focus. 
Untuk makluman harini hilux single cab saya boleh muatkan 1 unit peti sejuk, 2 unit mesen basuh dan 2 unit oven. 
Just nice. 
0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp

Tuesday, November 27, 2018

Customer Mat Saleh



Saya biasa dapat customer luar negara. Nak cerita sikit pasal diorang ni. 
Harini dapat customer dari Australia 🇦🇺. Dia lebih prefer guna truck compare lori. Other then diaorang ni lebih suka nampak kita ikat-ikat, susun atur dan wrapping barang. Nampak lebih anvanture dan skill nak ikat. Mulanya saya ikutkan sahaja idea mat saleh ni dgn cara susun dan ikat. Finally tak muat. Huhu. Kita sama2 gelak. Let me try sir: cakap aku... 
Maka muat lah semua barang2 yang dia nak bawa dan dia senyum. Jgn ingat orang Melayu malas dan tak pandai. Ini kerja aku hari-hari la.... 
katanya dia sangat berpuas hati dan akan recommen pada kawan-kawanya. 
Berbeza dengan customer dari Timur Tengah, Pakistan 🇵🇰 dan Africa. Kita perlu berhati-hati dengan ni. Selalu meminta kurang dengan harga tak masuk akal. Pernah sekali bagi gambar tak sama dengan apa yang nak dibawa. 
Sambung cerita pasal mat saleh ni, pasal budaya mereka. 
Mat saleh ni datang kerumah minah saleh untuk membeli perabut terpakai dirumahnya. Macam biasa kalau dah nak tinggal kalau kita just berjabat tangan dan say goodbye. Yg ni siap peluk cium lagi... ahhh depan-depan aku. Nak juga rasa peluk cium bini orang macam dalam movie. (Gila)
Budaya yang tak baik jangan diikut Kamal. 
Kalau servis kita baik customer pun suka dan akan recommen pada orang lain. 
Biar muka tak hansem tapi hati mau baik. Huhu
Mahu servis seperti ini dan belajar skill susun dan ikat mari guna servis saya. Kalau nak ajak borak-borak makan tea pun boleh. 
0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp

Sunday, November 25, 2018

Sunday is my offday.


Normally Ahad ialah hari cuti saya. Tp harini kena paksa kerja oleh pelanggan. It’s not about customer is always right. Ini kerana bermula minggu depan saya akan bercuti lama. Hantar anak2 blk kampung.  So kena kayuh lebih sikit minggu ni. 
Isnin hingga Sabtu, saya adalah hak milik korang.. asalkan bayar saya akan pulas stereng. Ahad, saya adalah hak mutlah keluarga. Pergi berjalan, shopping, tengok wayang, apa saja selagi mampu kita ON. 
0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp

Saturday, November 24, 2018

Bawa batu buat jalan





Mendapat panggilan dari seorang pelanggan untuk gunakan servis saya membawa batu jalan. 
Kisahnya lori yang membawa batu tak boleh nak mendaki cerun. Terpaksa sewa pacuan empat roda. Kalau dilihat dari cerunan tersebut memang sukar bagi lori atau kenderaan biasa untuk naik dan membawa muatan batu. Isi batu di curam dengan backhoe dan terus naik. Haha dekat sini keluarlah segala ilmu silat 4x4. 


Guna gear 4LO. Indicator lampu teko aladdin menyala mungkin sepanjang masa pemanduan mendaki dan minyak tidak seimbang. 
Alhamdulillah semua kerja berjaya disiapkan dan bersambung lagi. 
Kepada anda kontraktor yang mahu servis seperti ini. 
Call / WhatsApp saya untuk rundingan di kedai kopi.
0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp

Friday, November 23, 2018

Walnut.







Semenjak 2 menjak ni suka makan walnut. Katanya berkhasiat, tp mmg ada perubahan dlm diri bila selalu amal mkn benda ni. 
Pernah dulu singgah rumah customer Iran. Kat rumah dia mmg ada kacang ni atas meja dan makan macam sambil2. Mmg patut orang Iran 🇮🇷 ni ramai yg cerdik. Mkn kacang otak agaknya. Yang paling sedap walnut ni kalu dari Iran, (beli kedai Iran - Mahnaz food)
Kedua sedap kedai arab (Berkat Madinah). Kalau beli dari kedai bahan membuat kek (bake with yen, bagus) hanya layak utk membuat kek dan tak sedap langsung utk makan terus.

Saturday, November 10, 2018

3 trips.







Harini dapat bantu 3 trips pelanggan yang berlainan. 
1. Sungai Buloh ke Subang Jaya. (Perabut)
2. Kg Kubu Gajah, Sg Buloh ke Melawati. (Ducati Monster)
3. Bangsar ke Bangsar. (Buaian)
Anda juga layak menjadi pelanggan saya untuk dapatkan servis seperti ini. 
Hubungi saya untuk tempahan.

0193304874 call : kamal.
4x4 pickup service : click to whatsApp






Thursday, November 1, 2018

Tunda motorsikal



Tidak recommen tunda motorsikal macam ni. Bahaya kepada diri sendiri dan pengguna lain terutama di lebuhraya. 
Harap saudara kita ni selamat sampai. 
Call saya untuk tunda motorsikal jarak jauh dan dekat menggunakan Hilux. 
Tidak kita brapa cc motorsikal anda saya sedia membantu. 
Harga boleh runding ikut kesesuaian. Yang penting maylamat tercapai.
0193304874 - kamal. 



 

Friday, October 19, 2018

Rezeki harini 2 trips





Adat berniaga rezeki setiap hari tidak sama. Harini dapat 2 trip..
Hantar barang industri dan towing sebuah motorsikal virago. 

Thursday, October 11, 2018

Dapat ramai kenalan.



Bekerja di luar tidak sama seperti bekerja di pejabat. Di pejabat ruangnya terhad dan kenalan juga terhad. Berbeza bekerja sebagai transporter. Berjalan dan  berjumpa dengan orang yang berlainan setiap hari. Menariknya orang yang kita jumpa itu akan menjadi kenalan. Add friends di Facebook dan IG. Buat masa ni hanya kenalan kerja.... belum lagi tambah jodoh... huhu. 
Ada jumpa interior design, bisness man, suri rumah yang buat bisness online, ahli muzik, repair piano, penternak, broker rumah, memberi sewa rumah dan bilik, bisness printing, baju dan kain tudung. Pengarah filem, rumah mat saleh (memang terbaik) Huh!! Macam-macam yang tak terlintas difikiran. 

Masuk kerumah customer boleh dikatakan setiap hari dan dah boleh menjadi pengkritik. Ada rumah yang mempunyai kolam renang dalam rumah, ada yang boleh pelihara kucing dan anjing dalam satu rumah, rumah peniaga makanan yang mana dalam rumah hanya ada ruang berjalan sahaja kerana penuh dengan barang catering. Ada rumah yang dijadikan bengkel motor. Ada sekali saya towing motor superbike seorang cheff hotel. Bila towing sampai rumah rupanya kat rumah dia ada banyak motorsikal dan hobinya membaiki motorsikal dan dia bekerja sebagai cheff. Emm mcm jauh lari bidang pegang spana dan senduk. 
Ada juga yang liat dan suka tangguh bila membuat bayaran. Maklumlah ada juga customer yang kita tak kenal dan hanya berhubung melalui talifon. Bila barang dah deliver customer akan bank in (bersama tips) (rezki) ada juga customer yang menangguhkan bayaran 2-3 hari nak kena follow up baru bayar. 
Asam garam kerja memang begitu. Tidak semuanya indah. 
Ada customer yang tidak minta quotation dan minta barang dihantar dulu sebab nak segera.  Bila semua kerja dah siap dan kita bg harga mula kata mahal dan tidak puas hati. Benda boleh bincang bang... tp still tak puas hati bila kita dah bg diskaun. Cakap kita macam macam dan itu ini. 
Mantanan kereta...
Bab ni mmg pedih ulu hati... bila kenderaan yang kita guna setiap hari pasti ada mantanan.
Mantanan terbahagi kepasa 3 iaitu
Preventif mantanan, daily mantanan dan yearly mantanan. Banyak pakai duit juga tu wahai pelanggan-pelanggan ku. Huhu. Bila dak tolak semua mantanan dan bayaran bulanan bank barulah ada gaji saya. Rajin kerja dapatlah lebih pendapatan. 
Bila rajin menulis panjang seperti ini bukan bermakna tidak ada kerja tapi tengah tunggu kerja. 
Kepada pembaca yang membaca blog saya ini... mahu mencuba servis saya atau nak ajak borak-borak pun boleh. WhatsApp saya 0193304874   Ahad offday saya. Kerja 6 hari seminggu. 
Sekian.....
Its me.... Kamal.... 

Towing motorsikal.

Towing motor setiap hari.....







Tuesday, September 4, 2018

Dulu saya pembuat roti dan kek.















Sedap mata memandang sedap lagi lidah yang merasa. Saya pernah menjadi pembuat kek dan roti suatu masa dulu. Kecil kecilan di rumah, tapi semua peralatan lengkap seperti oven dan mixer yang besar. Semuanya bersaiz industri. Setahun juga dalam industri ni lepas tu saya stop... untuk membuat roti dan kek dalam kuantiti yang banyak memerlukan masa dan tenaga yang ramai. Pada masa itu anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. 
Banyak juga tempat yang saya bekalkan roti seperti kantin dan cafe pejabat. Alhamdulillah mencapai sasaran jualan. Antara yang mendapat sambutan ialah cinnamon roll. Sekarang ni tak banyak tempat yang ada menjual cinnamon roll. Hanya yang pernah makan tau akan kelazatan roti ini.
Saya tidak kongsikan resepi kek dan roti di sini kerana ianya dari guru saya dan bukan copy paste dari internet. Kadang-kadang resepi yang kita ambil dari internet tidak menjadi. Ini mungkin kerana bahan yang kita gunakan tidak sama dengan apa yang ada di internet. Contohnya ada berbagai jenis susu di pasaran, sudah tentu rasa dan lemaknya berbeza. 
Mengapa pula saya nak ceritakan tentang baking di blog transport?? Haha. Sebab tak ada modal untuk update blog dan tangan rasa gatal untuk baking tapi semua peralatan dah dijual. Dapat tulis pun jadilah walau tak dapat baking. 
Sekiranya ada pembaca yang membaca blog ini mahukan lebih gambar mengenai roti dan kek saya boleh scroll di fb saya. Carilah di bawah-bawah mungkin ada. 
Mengenai roti, saya dah berguru dengan 2-3 orang cheff melayu akhirnya belajar dengan seorang cheff cina juga berhasil. Rotinya lembut dan di olah untuk dibuat secara industri. 
Sekian...

Wednesday, August 29, 2018

Menghantar dan memasang perabut baru.









Hidup di kota sangat mencabar. Mencari rezeki tidak kira masa dan arah. Dari siang hingga ke siang masih berterusan, selagi ada kudrat, masa jangan kau sia siakan. 
Selain menghantar saya juga boleh memasang perabut baru. Tidak kira, asalkan ada manual saya akan usahakan. Dari perabut kerusi, meja hingga ke almari saya boleh pasang. 
Sekiranya anda ada kedai perabut. Perabut baru yang hendak dipasang dan hantar....sayalah orangnya. Dengan sedikit bayaran, jualan anda akan meningkat kerana anda hanya perlu focus kepada jualan dan promosi sedangkan saya adalah assemble and delivery man. 
Hubungi saya untuk rundingan. 
-Kamal-

Sunday, July 29, 2018

Durian menjadi tahun ni.




Almost a month bermain dgn buah2 especially durian. Banyak ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh tersebut. Sekarang buah sudah hampir ke hujung musim. Rata2 orang dah puas mkn durian kecuali mmg hantu durian. Harga durian pun dah murah mcm harga rambutan dan manggis. 
Lama tak kelih ke transport servis. Apa khabar agaknya???
Bermula hari ini saya akan lebih focus kpd transport, dah lebih 3 tahun main transport lepas vss dulu. Sekiranya umur panjang akan  kembali kepada menjual buah pada musim depan. Terima kasih kepada kawan2, kenalan dan silence reader di fb dan blog saya. I know u haha. Tidak lupa yang banyak membantu sepanjang saya menjual buah.... 
kepada supplier jumpa lagi, kita sembang2 minum teh. 
Ohh ya... sepanjang saya menjual buah2 kalu ada yg buruk atau terkurang harap maafkan. Saya telah lakukan yg terbaik memilih buah yg terbaik utk dibawa hanya yang baik2 jauh nun di dusun dan bukit serta lembah kepada tuan2 penggemar durian. Habis masa saya bersama keluarga demi memilih dan menghantar buah yg terbaik. Tp apakan daya sekiranya ada juga buah yg tak masak, buruk berulat itu diluar kemampusn saya. dah nama pun buah kg tempatan. 
Moga berjumapa lagi di musim depan. 
- dekat, tp jauh. Kamal.

Friday, July 20, 2018

Musim durian... yahooo



Tahun ni durian menjadi. Sana sini orang jual dan makan durian. Tidak ketinggalan, saya juga ambil peluang untuk menjadi penjual durian. Suatu pelajaran dan pengalaman yg tidak ada masa belajar di U dulu. 
Demi untuk sesuap nasi kemulut sendiri dan mulut anak isteri saya kini bergelar penjual durian. 
Bukan mudah... walau berjaya menjual antara 500 - 800kg sehari durian untungnya tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan penatnya.  Kos operasi, buah busuk, buah tak masak, bagi try semua perlu diambil kira. 
Untung bukan sahaja dari segi duit tapi untung yang lebih utama adalah pengalaman, kemahiran, dapat ramai kenalan baru dan pengalan yang menarik apabila dipujuk rayu dgn berbagai alasan untuk tawar menawar. 
Bermula 10pagi saya mula berniaga hingga lewat petang... 
sebelah malam pula saya akan mendapatkan bekalan durian yang jauh perjalanan lebih kurang 5-6 jan pergi balik. Maknanya saya hanya tidur dalam truck setiap malam dan sampai semula di Kuala Lumpur lebih kurang 6pagi selepas selesai distributes durian kepada pelanggan yang membeli secara borong. 
Begitulah roda kehidupan seharian saya sepanjang musim durian menjadi. 

Monday, July 9, 2018

Membeli motorsikal terpakai



Selain membuat transport saya ada membeli motorsikal terpakai, tersadai. Sekiranya anda ada motorsikal yang tak pakai, tak boleh start, ada geran dan boleh tukar nama.... saya sedia membeli seadanya....
Sekarang ni ramai yang tinggal di appartment atau rumah flat. Mungkin ada motorsikal yang tak pakai selepas ada motorsikal baru atau lebih senang menggunakan kereta. 
Hubungi saya melalui Whatsapp/ call 0193304874 - kamal.  

Sunday, July 8, 2018

Friday, June 29, 2018

Pindah rumah 2 pagi.



Dapat request dari seorang pelanggan untuk pindah rumah dari Sepang Selangor ke Muar Johor. 
Nak segera katanya...  saya dari kl dan sampai ke rumah pelanggan di Sepang pukul 2 pagi. 
Beginilah asam garam kerjaya saya sebagai transporter. Pukul 2 pagi nak pindah rumah pun layan. 


Thursday, June 7, 2018

Deliver peti ais 2 pintu side by side.



Rezeki hari ini, membawa  1 unit peti ais 2 pintu side by side. Peti ais yang besar ni kalau angkat dengan kudrat  mmg tak berdaya. Tapi dengan sedikit pengalaman dan alatan yg sesuai makan ianya berjalan lancar. Terima kasih pelanggan yang menggunakan servis saya. Moga berpuas hati. 
Dari Bukit Kiara ke Kuala Lumpur. 
Anda pembaca blog saya yang mahu membeli barang terpakai seperti ini boleh hubungi saya untuk pertanyaan. 
0193304874 - kamal.  

Thursday, May 31, 2018

Towing motor dan movers



Selain towing motor saya ada membuat movers juga. 
Apa sahaja barang asalkan muat menggunakan hilux single dan double cab saya bawa. 
Selain orang perseorangan, syarikat, kontraktor atau universiti ada menggunakan servis saya. Saya menerima bayaran secara tunai, bank transfer atau melalui LO. 
Beginilah rutin seharian demi kelangsungan hidup. 
MURAH, CEPAT, SELAMAT. 
Hubungi saya 0193304874  - kamal

Saturday, April 14, 2018

Rezeki hari ini, esok dan lusa.




Trip semalam : KL ➡️ JB ➡️ KL. Return trip full
Hari ini : 
Putrajaya ➡️ Cyberjaya 
AU2 ➡️ Ampang Point
IKEA Cheras ➡️ Cheras
Kajang ➡️ Bandar Sri Putra
Sri Rampai ➡️ Ukey Perdana
Shah Alam ➡️ Shah Shah 

Esok Ahad : tiada rezki untuk transport kerana Ahad hari cuti saya.  Huhu. Walaubagaimanapun rezeki tetap ada, kerana rezeki bukan hanya datang dari segi pendapatan. Pada saya rezeki itu luas. Diberi kesihatan yang baik, masa untuk bersama keluarga, itu juga adalah rezeki. 
Mencari pendapatan melalui perniagaan adalah suatu kerjaya yang perlu cekal, tabah dan berserah setelah berusaha. Ini kerana kita tidak tahu apakah ada rezki untuk harini, esok dan lusa. Rezeki kita baik hari ini dan kita mengharapkan esok lebih-lebih baik lagi dan begitu juga lusa. 
Sekiranya pendapatan kurang harini mungkin tuhan ingin menguji kita setakat mana kesabaran kita dan upaya kita untuk mengurus diri dan rohani.  

Sekian, Kamal. 
0193304874 untuk pertanyaan. 


Wednesday, April 4, 2018

Bawa mesen fotostate dan towing motor Ducati Monster 800cc





Harini selain towing motor bawa sebijik mesen fotostat macam dalam gambar ni. Beratnyeeeee.... empat orang tenaga lelaki untuk angkat naik dan turun. 
Mesen fotostate ambil dari Puchong hantar ke Putrajaya. Terima kasih semua abang- abang sado yang tolong tadi. 





Motor Ducati Monster 800cc : 
Dari Shah Alam ke Klang tak boleh hidup katanya. 
Biasalah kita yang tak ada degree ni layak duduk di belakang truck sebab owner motor dan pemandu duduk di dalam kabin. 38 dec calcius jugak huhu. Mujur tak jauh kalau tidak balik rumah isteri pun dah tak kenal. 
Asam garam bakerja ada masa susah ada masa senang dan saya berasa seronok Kelebihan bekerja seperti saya ini dapat berjumpa pelanggan yang baru dan berlainan latar belakang setiap hari. 
Hubungi saya untuk pertanyaan harga, nak ajak minum minum pun boleh....
0193304874 - kamal


Tuesday, April 3, 2018

Towing motor masih buat



Selalu customer yang dapat no telefon dari blog ini akan tanya “masih buat towing motor ke??” Jawannya “ya masih ada”. 
Saya akan update blog sekurang kurangnya 2 kali sebulan. Untuk makluman saya lebih banyak update aktiviti terkini dalam FB atau Instagram. 



Instagram : kamal_ahmad


Wednesday, March 21, 2018

Plaza tol Maju Express Way to Dengkel



Motor abang brake down di Highway MEX. Saya tolong tow dari : 

Plaza tol Maju Express Way ➡️ Dengkel. 


Terima kasih guna servis saya.


wasap.my/+60193304874

Wednesday, March 14, 2018

Trip pertama pagi.


Trip pagi. Idamansara ➡️ Duta Tropica.
Dekat dan berpatutan. 

Whatapp 0193304874 untuk sebutharga percuma. 

-kamal-

Monday, March 5, 2018

Transport di Port Klang, Malaysia.





Kini beroperasi di North Port. 
Sekiranya anda mahukan servis pantas mengambil barang di Port Klang saya sedia membantu. 
Customer ini call saya pukul 3pm untuk mengambil barang di gudang Port Klang, pukul 4 saya sampai. Seperti sedia maklum bahawa barang yang di tinggal lama di gudang akan dikenakan lebih kos untuk menyimpan. 
Membawa 2 unit pallet sederhana saiz dari Port Klang ke Sri Kembangan. 
Customer berpuas hati dan tersenyum puas kerana barang yang diimport selamat sampai dan distribute ke cawangan- cawangannya yang lain. 
Misi tercapai. 
Anda, pelanggan budiman yang membaca blog saya dan inginkan servis seperti ini boleh hubungi saya melalui : 

0193304874 call/ whatsapp 

Sekian, 
-Kamal-

Sunday, March 4, 2018

3 tahun sebagai transporter.



 
Bermula dengan 1 unit hilux, kini saya telah mempunya 2 unit hilux. Hilux single dan double cabin seperti gambar di atas. 

Selepas membuat keputusan vss dari bekerja dengan bank saya menjadi pemandu Uber dan Grab sepenuh masa. Pada masa tu kerajaan masih belum membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah seperti sekarang. Untuk mendapat pendapatan kasar rm1000 seminggu bukan kerja senang. Kena memandu diwaktu puncak dan hingga lewat malam. Selepas ditolak segala kos dapatlah 30-40% untung bersih. 

Tidak lama selepas menjadi pemandu Uber dan Grab saya bertemu dengan seseorang yang membuat transport menggunakan hilux sepenuh masa. Dari situ saya belajar dan timbul minat untuk menjadi transporter sepenuh masa kerana saya juga kebetulan mempunya sebuah Hilux. 

3 tahun berlalu kini saya telah mempunya 2 unit Hilux dan pekerja. Mempunya pelanggan tetap, pengikut di FB dan rasanya lebih dari 1000 pelanggan yang pernah menggukan servis saya. 

Untuk makluman, saya bukan hanya membuat servis penghantaran barang di semenanjung Malaysia sahaja malahan pernah membuat penghantaran ke United Kingdom. 

Apa sahaja yang muat di atas Hilux saya akan bawa dan hantar dengan selamat. 
Perabut, motorsikal, sampah, engine kereta, malah pernah ada customer yang sewa untuk membawanya servey tanah untuk membuat ladang ternakan ayam. 

Anda.... pembaca blog saya yang budiman. Sekiranya mahukan servis transport boleh hubungi melalui :
0193304875 call / whatsapp. 

Sekian,

..Kamal..

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...