Tahun ni durian menjadi. Sana sini orang jual dan makan durian. Tidak ketinggalan, saya juga ambil peluang untuk menjadi penjual durian. Suatu pelajaran dan pengalaman yg tidak ada masa belajar di U dulu.
Demi untuk sesuap nasi kemulut sendiri dan mulut anak isteri saya kini bergelar penjual durian.
Bukan mudah... walau berjaya menjual antara 500 - 800kg sehari durian untungnya tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan penatnya. Kos operasi, buah busuk, buah tak masak, bagi try semua perlu diambil kira.
Untung bukan sahaja dari segi duit tapi untung yang lebih utama adalah pengalaman, kemahiran, dapat ramai kenalan baru dan pengalan yang menarik apabila dipujuk rayu dgn berbagai alasan untuk tawar menawar.
Bermula 10pagi saya mula berniaga hingga lewat petang...
sebelah malam pula saya akan mendapatkan bekalan durian yang jauh perjalanan lebih kurang 5-6 jan pergi balik. Maknanya saya hanya tidur dalam truck setiap malam dan sampai semula di Kuala Lumpur lebih kurang 6pagi selepas selesai distributes durian kepada pelanggan yang membeli secara borong.
Begitulah roda kehidupan seharian saya sepanjang musim durian menjadi.
No comments:
Post a Comment