Saturday, April 14, 2018

Rezeki hari ini, esok dan lusa.




Trip semalam : KL ➡️ JB ➡️ KL. Return trip full
Hari ini : 
Putrajaya ➡️ Cyberjaya 
AU2 ➡️ Ampang Point
IKEA Cheras ➡️ Cheras
Kajang ➡️ Bandar Sri Putra
Sri Rampai ➡️ Ukey Perdana
Shah Alam ➡️ Shah Shah 

Esok Ahad : tiada rezki untuk transport kerana Ahad hari cuti saya.  Huhu. Walaubagaimanapun rezeki tetap ada, kerana rezeki bukan hanya datang dari segi pendapatan. Pada saya rezeki itu luas. Diberi kesihatan yang baik, masa untuk bersama keluarga, itu juga adalah rezeki. 
Mencari pendapatan melalui perniagaan adalah suatu kerjaya yang perlu cekal, tabah dan berserah setelah berusaha. Ini kerana kita tidak tahu apakah ada rezki untuk harini, esok dan lusa. Rezeki kita baik hari ini dan kita mengharapkan esok lebih-lebih baik lagi dan begitu juga lusa. 
Sekiranya pendapatan kurang harini mungkin tuhan ingin menguji kita setakat mana kesabaran kita dan upaya kita untuk mengurus diri dan rohani.  

Sekian, Kamal. 
0193304874 untuk pertanyaan. 


Wednesday, April 4, 2018

Bawa mesen fotostate dan towing motor Ducati Monster 800cc





Harini selain towing motor bawa sebijik mesen fotostat macam dalam gambar ni. Beratnyeeeee.... empat orang tenaga lelaki untuk angkat naik dan turun. 
Mesen fotostate ambil dari Puchong hantar ke Putrajaya. Terima kasih semua abang- abang sado yang tolong tadi. 





Motor Ducati Monster 800cc : 
Dari Shah Alam ke Klang tak boleh hidup katanya. 
Biasalah kita yang tak ada degree ni layak duduk di belakang truck sebab owner motor dan pemandu duduk di dalam kabin. 38 dec calcius jugak huhu. Mujur tak jauh kalau tidak balik rumah isteri pun dah tak kenal. 
Asam garam bakerja ada masa susah ada masa senang dan saya berasa seronok Kelebihan bekerja seperti saya ini dapat berjumpa pelanggan yang baru dan berlainan latar belakang setiap hari. 
Hubungi saya untuk pertanyaan harga, nak ajak minum minum pun boleh....
0193304874 - kamal


Tuesday, April 3, 2018

Towing motor masih buat



Selalu customer yang dapat no telefon dari blog ini akan tanya “masih buat towing motor ke??” Jawannya “ya masih ada”. 
Saya akan update blog sekurang kurangnya 2 kali sebulan. Untuk makluman saya lebih banyak update aktiviti terkini dalam FB atau Instagram. 



Instagram : kamal_ahmad


Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...