Saturday, April 14, 2018

Rezeki hari ini, esok dan lusa.




Trip semalam : KL ➡️ JB ➡️ KL. Return trip full
Hari ini : 
Putrajaya ➡️ Cyberjaya 
AU2 ➡️ Ampang Point
IKEA Cheras ➡️ Cheras
Kajang ➡️ Bandar Sri Putra
Sri Rampai ➡️ Ukey Perdana
Shah Alam ➡️ Shah Shah 

Esok Ahad : tiada rezki untuk transport kerana Ahad hari cuti saya.  Huhu. Walaubagaimanapun rezeki tetap ada, kerana rezeki bukan hanya datang dari segi pendapatan. Pada saya rezeki itu luas. Diberi kesihatan yang baik, masa untuk bersama keluarga, itu juga adalah rezeki. 
Mencari pendapatan melalui perniagaan adalah suatu kerjaya yang perlu cekal, tabah dan berserah setelah berusaha. Ini kerana kita tidak tahu apakah ada rezki untuk harini, esok dan lusa. Rezeki kita baik hari ini dan kita mengharapkan esok lebih-lebih baik lagi dan begitu juga lusa. 
Sekiranya pendapatan kurang harini mungkin tuhan ingin menguji kita setakat mana kesabaran kita dan upaya kita untuk mengurus diri dan rohani.  

Sekian, Kamal. 
0193304874 untuk pertanyaan. 


No comments:

Post a Comment

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...