Penutup tahun 2018 dengan customer tetap yang dah bertahun2 menghantar kotak bungkusan. Dan sebuah Naza Cruise 250.
Berbagai pengalaman pahit manis 2018 kita jadikan pelajaran dalam menempuh tahun mendatang.
Orang kata kita perlu membuat berbagai cabang perniagaan, antara yang pernah saya buat dan pengalaman sepanjang tahun 2018 :
1. Membeli dan menjual motorsikal lama/ terpakai.
2. Menjual durian - seronok, sangat penat, dapat ramai kenalan baru.
3. Pemandu tetap saya berhenti kerja kerana dapat offer yg lebih baik. Dia ada degree, senang bekerja dengan dia dan mudah faham arahan.
4. Memberi servis sewa Hilux.
Matlamat tahun 2019 :
1. Mengekal dan mengembang kan lagi perniagaan pada tahun 2018
2. Membuat promosi secara tersusun dan sistematik.
3. Menambah pelanggan tetap.
4. Menambah kereta sewa.
5. Menggunakan application tertentu untuk sebut harga dan invoice.
6. Merancang kewangan, elakkan berhutang, rajin menyimpan.
Semoga pengalaman dan marlamat baru ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca yang membaca blog saya.
Sekian..
No comments:
Post a Comment