Bermula dengan 1 unit hilux, kini saya telah mempunya 2 unit hilux. Hilux single dan double cabin seperti gambar di atas.
Selepas membuat keputusan vss dari bekerja dengan bank saya menjadi pemandu Uber dan Grab sepenuh masa. Pada masa tu kerajaan masih belum membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah seperti sekarang. Untuk mendapat pendapatan kasar rm1000 seminggu bukan kerja senang. Kena memandu diwaktu puncak dan hingga lewat malam. Selepas ditolak segala kos dapatlah 30-40% untung bersih.
Tidak lama selepas menjadi pemandu Uber dan Grab saya bertemu dengan seseorang yang membuat transport menggunakan hilux sepenuh masa. Dari situ saya belajar dan timbul minat untuk menjadi transporter sepenuh masa kerana saya juga kebetulan mempunya sebuah Hilux.
3 tahun berlalu kini saya telah mempunya 2 unit Hilux dan pekerja. Mempunya pelanggan tetap, pengikut di FB dan rasanya lebih dari 1000 pelanggan yang pernah menggukan servis saya.
Untuk makluman, saya bukan hanya membuat servis penghantaran barang di semenanjung Malaysia sahaja malahan pernah membuat penghantaran ke United Kingdom.
Apa sahaja yang muat di atas Hilux saya akan bawa dan hantar dengan selamat.
Perabut, motorsikal, sampah, engine kereta, malah pernah ada customer yang sewa untuk membawanya servey tanah untuk membuat ladang ternakan ayam.
Anda.... pembaca blog saya yang budiman. Sekiranya mahukan servis transport boleh hubungi melalui :
0193304875 call / whatsapp.
Sekian,
..Kamal..
No comments:
Post a Comment