Sedap mata memandang sedap lagi lidah yang merasa. Saya pernah menjadi pembuat kek dan roti suatu masa dulu. Kecil kecilan di rumah, tapi semua peralatan lengkap seperti oven dan mixer yang besar. Semuanya bersaiz industri. Setahun juga dalam industri ni lepas tu saya stop... untuk membuat roti dan kek dalam kuantiti yang banyak memerlukan masa dan tenaga yang ramai. Pada masa itu anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian.
Banyak juga tempat yang saya bekalkan roti seperti kantin dan cafe pejabat. Alhamdulillah mencapai sasaran jualan. Antara yang mendapat sambutan ialah cinnamon roll. Sekarang ni tak banyak tempat yang ada menjual cinnamon roll. Hanya yang pernah makan tau akan kelazatan roti ini.
Saya tidak kongsikan resepi kek dan roti di sini kerana ianya dari guru saya dan bukan copy paste dari internet. Kadang-kadang resepi yang kita ambil dari internet tidak menjadi. Ini mungkin kerana bahan yang kita gunakan tidak sama dengan apa yang ada di internet. Contohnya ada berbagai jenis susu di pasaran, sudah tentu rasa dan lemaknya berbeza.
Mengapa pula saya nak ceritakan tentang baking di blog transport?? Haha. Sebab tak ada modal untuk update blog dan tangan rasa gatal untuk baking tapi semua peralatan dah dijual. Dapat tulis pun jadilah walau tak dapat baking.
Sekiranya ada pembaca yang membaca blog ini mahukan lebih gambar mengenai roti dan kek saya boleh scroll di fb saya. Carilah di bawah-bawah mungkin ada.
Mengenai roti, saya dah berguru dengan 2-3 orang cheff melayu akhirnya belajar dengan seorang cheff cina juga berhasil. Rotinya lembut dan di olah untuk dibuat secara industri.
Sekian...
No comments:
Post a Comment