Thursday, October 11, 2018

Dapat ramai kenalan.



Bekerja di luar tidak sama seperti bekerja di pejabat. Di pejabat ruangnya terhad dan kenalan juga terhad. Berbeza bekerja sebagai transporter. Berjalan dan  berjumpa dengan orang yang berlainan setiap hari. Menariknya orang yang kita jumpa itu akan menjadi kenalan. Add friends di Facebook dan IG. Buat masa ni hanya kenalan kerja.... belum lagi tambah jodoh... huhu. 
Ada jumpa interior design, bisness man, suri rumah yang buat bisness online, ahli muzik, repair piano, penternak, broker rumah, memberi sewa rumah dan bilik, bisness printing, baju dan kain tudung. Pengarah filem, rumah mat saleh (memang terbaik) Huh!! Macam-macam yang tak terlintas difikiran. 

Masuk kerumah customer boleh dikatakan setiap hari dan dah boleh menjadi pengkritik. Ada rumah yang mempunyai kolam renang dalam rumah, ada yang boleh pelihara kucing dan anjing dalam satu rumah, rumah peniaga makanan yang mana dalam rumah hanya ada ruang berjalan sahaja kerana penuh dengan barang catering. Ada rumah yang dijadikan bengkel motor. Ada sekali saya towing motor superbike seorang cheff hotel. Bila towing sampai rumah rupanya kat rumah dia ada banyak motorsikal dan hobinya membaiki motorsikal dan dia bekerja sebagai cheff. Emm mcm jauh lari bidang pegang spana dan senduk. 
Ada juga yang liat dan suka tangguh bila membuat bayaran. Maklumlah ada juga customer yang kita tak kenal dan hanya berhubung melalui talifon. Bila barang dah deliver customer akan bank in (bersama tips) (rezki) ada juga customer yang menangguhkan bayaran 2-3 hari nak kena follow up baru bayar. 
Asam garam kerja memang begitu. Tidak semuanya indah. 
Ada customer yang tidak minta quotation dan minta barang dihantar dulu sebab nak segera.  Bila semua kerja dah siap dan kita bg harga mula kata mahal dan tidak puas hati. Benda boleh bincang bang... tp still tak puas hati bila kita dah bg diskaun. Cakap kita macam macam dan itu ini. 
Mantanan kereta...
Bab ni mmg pedih ulu hati... bila kenderaan yang kita guna setiap hari pasti ada mantanan.
Mantanan terbahagi kepasa 3 iaitu
Preventif mantanan, daily mantanan dan yearly mantanan. Banyak pakai duit juga tu wahai pelanggan-pelanggan ku. Huhu. Bila dak tolak semua mantanan dan bayaran bulanan bank barulah ada gaji saya. Rajin kerja dapatlah lebih pendapatan. 
Bila rajin menulis panjang seperti ini bukan bermakna tidak ada kerja tapi tengah tunggu kerja. 
Kepada pembaca yang membaca blog saya ini... mahu mencuba servis saya atau nak ajak borak-borak pun boleh. WhatsApp saya 0193304874   Ahad offday saya. Kerja 6 hari seminggu. 
Sekian.....
Its me.... Kamal.... 

No comments:

Post a Comment

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...