Sunday, July 29, 2018

Durian menjadi tahun ni.




Almost a month bermain dgn buah2 especially durian. Banyak ilmu dan pengalaman sepanjang tempoh tersebut. Sekarang buah sudah hampir ke hujung musim. Rata2 orang dah puas mkn durian kecuali mmg hantu durian. Harga durian pun dah murah mcm harga rambutan dan manggis. 
Lama tak kelih ke transport servis. Apa khabar agaknya???
Bermula hari ini saya akan lebih focus kpd transport, dah lebih 3 tahun main transport lepas vss dulu. Sekiranya umur panjang akan  kembali kepada menjual buah pada musim depan. Terima kasih kepada kawan2, kenalan dan silence reader di fb dan blog saya. I know u haha. Tidak lupa yang banyak membantu sepanjang saya menjual buah.... 
kepada supplier jumpa lagi, kita sembang2 minum teh. 
Ohh ya... sepanjang saya menjual buah2 kalu ada yg buruk atau terkurang harap maafkan. Saya telah lakukan yg terbaik memilih buah yg terbaik utk dibawa hanya yang baik2 jauh nun di dusun dan bukit serta lembah kepada tuan2 penggemar durian. Habis masa saya bersama keluarga demi memilih dan menghantar buah yg terbaik. Tp apakan daya sekiranya ada juga buah yg tak masak, buruk berulat itu diluar kemampusn saya. dah nama pun buah kg tempatan. 
Moga berjumapa lagi di musim depan. 
- dekat, tp jauh. Kamal.

Friday, July 20, 2018

Musim durian... yahooo



Tahun ni durian menjadi. Sana sini orang jual dan makan durian. Tidak ketinggalan, saya juga ambil peluang untuk menjadi penjual durian. Suatu pelajaran dan pengalaman yg tidak ada masa belajar di U dulu. 
Demi untuk sesuap nasi kemulut sendiri dan mulut anak isteri saya kini bergelar penjual durian. 
Bukan mudah... walau berjaya menjual antara 500 - 800kg sehari durian untungnya tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan penatnya.  Kos operasi, buah busuk, buah tak masak, bagi try semua perlu diambil kira. 
Untung bukan sahaja dari segi duit tapi untung yang lebih utama adalah pengalaman, kemahiran, dapat ramai kenalan baru dan pengalan yang menarik apabila dipujuk rayu dgn berbagai alasan untuk tawar menawar. 
Bermula 10pagi saya mula berniaga hingga lewat petang... 
sebelah malam pula saya akan mendapatkan bekalan durian yang jauh perjalanan lebih kurang 5-6 jan pergi balik. Maknanya saya hanya tidur dalam truck setiap malam dan sampai semula di Kuala Lumpur lebih kurang 6pagi selepas selesai distributes durian kepada pelanggan yang membeli secara borong. 
Begitulah roda kehidupan seharian saya sepanjang musim durian menjadi. 

Monday, July 9, 2018

Membeli motorsikal terpakai



Selain membuat transport saya ada membeli motorsikal terpakai, tersadai. Sekiranya anda ada motorsikal yang tak pakai, tak boleh start, ada geran dan boleh tukar nama.... saya sedia membeli seadanya....
Sekarang ni ramai yang tinggal di appartment atau rumah flat. Mungkin ada motorsikal yang tak pakai selepas ada motorsikal baru atau lebih senang menggunakan kereta. 
Hubungi saya melalui Whatsapp/ call 0193304874 - kamal.  

Sunday, July 8, 2018

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...