Tuesday, December 19, 2017

Rezeki cuaca yang baik




wasap.my/+60193304874


Cuaca yang baik di pagi ini. Tidak panas dan tidak hujan. 

Pakar memindahkan barang saiz sederhana. 

Terima kasih pelanggan yang gunakan servis saya. 

Call/ Whatsapp no diatas untuk temu janji. 

Monday, December 18, 2017

Pakar pindah peti besi.



Kali ke 2 dapat tugasan untuk pindahkan peti besi. Trip kali ini perlu turun melalui tangga. Haha. 
Bukan mudah seperi yang di jangka. Kerja penuh risiko ini kami lakukan dengan sempurna tanpa berlaku apa2 kejadian yang tidak diingini. 
Terima kasih pelanggan dan dan semua yang terlibat dalam kerja ini.
Anda pembaca yang mahukan servis seperti ini boleh hubungi saya melaui no berikut untuk temunjanji. 

Thursday, October 12, 2017

Sofa anda panjang 7-8 kaki....





Sofa yang anda beli panjang 7-8 kaki tak muat untuk bawa??? Tak perlu buruk otak berfikir macam mana nak bawa... 
Ya... anda mampu untuk membawanya dengan sedikit bantuan dari saya. 
Dengan menggunakan Hilux single cab yang saiz ruang kargo 8 kaki just nice 👍🏽 untuk mambawa sofa. 
Simpan no saya maybe satu hari anda mahu menggunakannya. 
0193304874 Kamal movers. 

Pickup barang di Port Klang



Sekiranya anda mahukan servis menghantar atau membawa barang ke Port Klang saya boleh membantu. Saya ada pengalaman ke sana. Semua prosuder yang berkaitan saya tahu. 
Selain itu servis hantar dan ambil menggunakan hilux lebih cepat maklumlah saya ini kecil berbanding lori. 
Barang-barang 1-2 pallet muat untuk sebuah Hilux. 
Saya juga membuat penghantaran terus dari port ke rumah anda tidak kira dimana anda berada selagi di Semenanjung Malaysia 🇲🇾. 
Call / WhatsApp saya untuk pertanyaan. 

Tuesday, October 10, 2017

Transport Kucing.








Gagah-gagah Hilux kena hantar kucing harini... apa boleh buat permintaan dari pelanggan. 


Saya telah maklumkan kepada pelanggan supaya bagi kucing puasa sehari sebelum hantar supaya tidak membuang dalam kereta. 

Tapi apakan daya dia membuang jugak selepas tak sampai sejam dalam kereta. Terpaksalah sepanjang perjalanan buka tingkap... bau jangan cerita memang semerbak... haha. 

Sebelum ni saya pernah bawak juga 3 ekor lebih jauh dari trip ini... Kota Bahru ➡️ KL tak ada masalah siap lapik pempers lagi. Yelah... tak semua pelanggan sama...

Terfikir pulak macam mana yang kirim dengan bas??? Kalau membuang dalam bas dah tentu sebuah bas berbau. 

Hati2 wahai pelanggan buat pemilihan transporter dan persediaan sebelum penghantaran. 


KL ➡️ Paka -  -Kucing

Dungun ➡️ KL - Kawasaki ER250


Tq guna servis saya.


wasap.my/+60193304874



Wednesday, September 27, 2017

Sewa lori mahal ambillah saya yang sedang-sedang.





Membawa 1-2 barang bersaiz sederhana antara 6-8 kaki tidak perlu lagi menyewa sebuah lori. Saya menyediakan truck bersaiz sederhana yang sesuai dengan bajet anda. Boleh melalui basement parking dan jalan yang sempit. 
Hubungi saya untuk runding harga. 
Terima kasih. 

Tuesday, September 26, 2017

Job bawa pasir dan bahan binaan.

Harini dapat job untuk membawa pasir dan bahan binaan dari level G kondo ke tingkat 3. Kisahnya lori yang menghantar pasir ini tidak dapat masuk ke dalam bangunan kerana ketinggian lori tersebut. 
Jadi rancang transport yang sesuai dengan tempat yang kita hendak tuju. 
Di Kuala Lumpur sekarang ini kaya dengan kondo-kondo mewah dan owner baru mahu membuat ubahsuai. Pickup saya adalah yang paing sesuai untuk masuk ke ruang parking dan membawa bahan binaan seperti pasir dan simen. 






Tuesday, September 19, 2017

Dismantle, move and assemble snooker 🎱 table.




Sudah ada beberapa pembeli yang datang melihat dan nak beli meja snooker 🎱 ini tapi hajat tak kesampaian kerana tidak ada orang yang boleh membawanya. 
Rumah landed tapi meja di tingkat atas manakala pembeli rumah landed tapi atas bukit, kena park lori di bawah dan bawanya menaiki tangga. 
Mencabar bukan??? Itu yang kita mahu....
Pembeli ini bernasib baik kerana berjumpa dengan saya... selepas membuat beberapa rundingan dan semua pihak bersetuju maka kerja2 mengalihkan meja ini berjalan lancar. 
Meja snooker 🎱 baru harganya berbelas ribu tapi dengan membeli meja 🎱 terpakai termasuk kos dismantle and assemble masih lagi berbaloi. 
Anda.... pembaca blog saya.. sekiranya mahukan servis terbaik seperti ini boleh hubungi saya untuk pertanyaan. 

Saturday, August 12, 2017

Barang As Is IKEA



Ronda-ronda, window shopping di Ikea mungkin sudah menjadi kelaziman kita untuk mengisi masa. Barang As Is pasti menjadi salah satu hot spots apabila ke sana. Barang As Is adalah barang yang telah di assemble dan besar. Tak mungkin boleh bawa naik motorsikal atau kereta biasa. 
Hati dah berkenan bajet dah ada tapi macam mana pula dengan transport untuk bawa balik?? 🤔🤔🤔🤔
Saya sedia membantu anda. Saya freelance membawa dan dan hantar barang bersaiz sederhana. Tidak kira anda Ikea shopper, suri rumah, jual beli perabut terpakai, motor brake down. 
Semua negeri telah saya jelajahi mengikut kehendak pelanggan. 
Membawa perabut, peti ais, kayu pallet, motorsikal semuanya menjadi makanan saya. 
Anda... pembaca budiman yang sudi membaca blog saya. 
Hubungi saya via sms / WhatsApp / call 0193304874. Saya akan membantu anda. Tq. 



Monday, August 7, 2017

Menuju ke awan hitam



Antara cabaran sebagai transporter menggunakan hilux ialah menuju ke awan hitam. 
Iklim khatulistiwa seperti Malaysia 🇲🇾 memang menerima hujan dan panas sepanjang tahun. Keistimewaannya ialah kita boleh jangka yang kita akan melalui kawasan hujan dan perlu membuat persediaan. Bergantung juga kepada barang pelanggan yg dibawa. Sekiranya membawa motorsikal, hujan tak menjadi masalah. 
Tapi, sekiranya membawa perabut, barang tersebut mesti ditutup dgn kanvas dan diikat rapi supaya kemas dan tidak basah oleh hujan. 


Sepanjang kerjaya saya sebagai transporter, hanya Negeri Perlis belum saya jejak untuk menghantar barang. Seluruh semenanjung telah saya jejaki. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan. 
Syukur pada tuhan walau belajar dulu dalam bidang kejuruteraan electronics dan it communication. 12 tahun dalam bank kini saya free lance as a transporter. 

Wednesday, July 19, 2017

Shipment 📦 to UK 🇬🇧.





Hari ini saya dapat offer untuk hantar barang ke UK 🇬🇧 dari Kuala Lumpur, Malaysia 🇲🇾. Lebih kurang 15 kotak dan bag seperti dalam gambar ni. 
Kisahnya dia adalah seorang cikgu di internasional school di Kuala Lumpur. Berasal dari Pakistan 🇵🇰 dan mendapat kerakyatan UK 🇬🇧 kerana dilahirkan di sana. 
Setahun mengajar dia ditamatkan kontrak emm apalagi kena balik semula ke UK 🇬🇧. Barang-barang sudah di pack dan tugas saya untuk hantarnya ke UK 🇬🇧. 
Setelah membuat sedikit ground work dan mencari company forwarding, saya hanya perlu menghantar semua barang customer ini ke Pelabuhan Klang. 
Kos penghantaran melaui laut adalah jauh lebih murah berbanding kapal terbang. Cuma kapal laut mengambil
lebih masa. 
Anda pembaca yang budiman.... sekiranya anda mahukan servis seperti ini boleh terus WhatsApp 0193304874 saya akan bantu memudahkan urusan anda. 
 

Today I get an offer to ship goods to UK 🇬🇧 from Kuala Lumpur, Malaysia 🇲🇾. About 15 boxes and bags as in this picture.
He is a teacher in international school in Kuala Lumpur. Originated from Pakistan 🇵🇰 and gained UK citizenship because they were born there.
  For a year he terminated the contract for teaching and had to return to the UK 🇬🇧. Items are already packed and my job is to send them to UK 🇬🇧.
After making a little ground work and looking for company forwarding, I just need to send all these customer items to Port Klang.
Shipping costs by sea are much cheaper than airplanes. Only the ships take
more time.
Dear reader 🙂.... if you want a service like this can keep WhatsApp 0193304874 I will help facilitate your business.

Sunday, July 16, 2017

Saya hantar barang IKEA





Tentu sukar bagi anda untuk membawa balik barang Ikea yang besar. Perkhidmatan penghantaran barang oleh Ikea pula kena Q. 🤷🏼‍♂️🤷🏼‍♂️
Tidak perlu risau. Saya ada menyediakan servis hantar hantar Ikea dengan segera. 
Anda cuma perlu call 019 3304874 dan kenderaan saya akan sampai mengikut masa yang dijanjikan. 
Tak percaya?? Cubalah. 
Harga ?? Call dulu baru tau. 
Call / WhatsApp: 019 3304874 

Jual beli perabut terpakai.



Mungkin anda ada perabut terpakai yg masih baik untuk diberi atau dijual. Mungkin susah memikirkan transport yang sesuai untuk hantar barang tersebut. 
Kini tidak lagi !!! 
Saya sediakan servis hantar barang yang sesuai dengan barang dan harga yang berpatutan. 


WhatsApp / sms / call utk pertanyaan


60193304874 


Tuesday, July 11, 2017

Tunggu job.


Sebuah Hilux single cab sedang berehat2 di Shell Federal Highway tggu job 3 dan 4 kol 8 mlm ni. Before that kalau ada yang perlukan servis saya boleh roger tepi. 

Job pagi tadi : 
1. Bawa 1 unit peti sejuk utk return dari pelanggan ke LAZADA. 
2. Bawa sebuah katil single terpakai. 
Insyaallah anda diberkati. 😘😘

Simpan no saya untuk membantu anda. 

Tuesday, June 20, 2017

Sunday, June 4, 2017

Kerja buang sampah

Walau puasa kerja tetap kerja.
Harini Ahad walaupun hari off saya tapi permintaan dari seorang pelanggan iaitu seorang doktor yang sentiasa sibuk di bilik bedah tidak saya hampakan. Hari ini saja dia free katanya. 
Terima kasih kerana gunakan servis saya. Maaf sekiranya ada kekurangan. 

Anda... pembaca blog saya sekiranya ada sampah2 besar dirumah untuk dilupuskan boleh terus hubungi saya untuk temujanji. 

 
 

Wednesday, May 31, 2017

Beza air tebu bazar ramadan.

Seperti tahun lepas tahun ni mmg suka sangat minum air tebu bazar ramadan. 
Hari 1  - Bazar ramadan di Terengganu. 
Hari 2 - Bazar ramdan Pasir Puteh, Kelantan.
Hari 3 - Bazar ramadan Melaka. 
Paling sedap pekat, likat, manis yang pernah saya beli air tebu di Terengganu. Sebelah Pantai Timur. Beza sekali dengan sebelah KL dan Melaka. 
Pantai Timur Kelantan dan Terengganu mereka menjual air tebu tanpa campur ais dan rasanya tentu lah asli. Haha. Pehh sedap molep. 
 

Kalau dah campur ais tentulah tawa rasanya. 

Walaupun minum air tebu tanpa ais, rasa manis asli dari perahan sudah cukup menyegarkan. Tambahan pula pada musim panas berpuasa ni. 
Mungkin manis dari air tebu tersebut menjadikan diri lebih segar dan bertenaga selepas berbuka. 
Kerja seperti saya ini memang memerlukan tenaga segera. Selain bekalan kurma yang sentiasa ada dalam kereta. Bila singgah bazar ramadan air tebu pasti menjadi pilihan wajib. 

http://servishantarbarang.blogspot.my


wasap.my/+60193304874





Wednesday, May 24, 2017

Bantu towing motorsikal rosak.

 
Towing motorsikal dari Sri Petaling to Cheras

Terima kasih menggunakan servis saya. Anda tidak salah pilih. 
Punctual, professional, peramah. 
0193304874 call/WhatsApp/sms untuk temujanji.

Servis yang sesuai untuk anda.

Update kerja yang mungkin sesuai untuk anda. 
 
 
    
Bawa 300-400 ikat serai. - Lenggeng to Pasar Besar Klang. 
Bawa tong drum. - Shah Alam to Sepang
Bawa cat - dari Gudang di Shah Alam to Pusat Bandar Kuala Lumpur. 
Bawa scaffolding. - Dari Shah Alam to Pusat Bandar Kuala Lumpur. 
Bawa gerai Stemboat. - Dari Sungai Buloh to Ampang. 

Kepada anda pembaca yang dihormati sekiranya berminat dengan servis seperti ini sila lakukan perkara berikut. 

Location pickup: (full address/landed/lift/tangga)
Location hantar : (full address/landed/lift/tangga)
Gambar barang yang hendak di bawa. 
WhatsApp ke : 0193304874
Saya akan berikan harga dengan segera. 



Saturday, May 6, 2017

Gas oven untuk dijual.

 

wasap.my/+60193304874
Berat rasa hati untuk menjual sebuah gas oven single deck 2 tray. (Boleh masuk 2 tray sekali gus). 
Banyak jasa menyara kami sekeluarga. 
Nak focus kepada bisness transport. 
Pembakaran sangat baik api rata.
Jimat elektrik kerana guna gas. 

Jenama THE BAKER. 
Ada timer dan buzzer. 
Api atas dan bawah.
Area : Desa Pandan. 

Free: 10 unit tray + redai. 
Free : kaki oven. 
Lagi...
Free : sealer guna kaki (untuk bungkus roti). 
Free : hantar sampai depan pintu rumah (utk rumah landed dan lift)
Free : resepi roti dan pizza 🍕. (Confirm boleh cari makan). 
Free : demo buat roti dan pizza 🍕.

Harga :  rm3000
Reasonable price kerana banyak dpt free give. 
Beli baru tray dpt 2 sahaja dan tiada redai utk sejukkan roti. 
Dapat resepi free confirm blh buat duit. Belajar dari cheff cina. 
Saya dulu generate rm1k semggu hanya buat roti.

Friday, May 5, 2017

100 unit kotak dalam sebuah Hilux.


  Urusniaga anda makin MUDAH, CEPAT dan JIMAT. 

MUDAH - membawa kotak dalam kuantiti yang banyak dalam sebuah Hilux. 
CEPAT - mampu membawa muatan hingga 1 ton dengan laju. 
JIMAT - murah compare lorry. 

Saya adalah pilihan terbaik anda sekiranya anda mahukan servis MUDAH, CEPAT dan JIMAT. 

WhatsApp / sms / call : 0193304874 

Hantar barang IKEA

 Wahhh... kalau tengok barang Ikea ni kena gula lori... 
Tapi tidak!!! Apa yang anda lihat adalah nyata, ianya adalah sebuah Toyota Hilux double cabin (4 pintu). 
Cukup sekadar sewa sebuah 4x4 tidak perlu sebuah lori. Yang perlu adalah driver 4x4 yang sangat intelligent untuk menyusun atur barang-barang seperti ini. 
WhatsApp saya untuk pertanyaan dan temujanji : 0193304874. 

Towing motorsikal

    Hari ini seronak kerana dapat membantu masalah abang-abang dan kakak-kakak yang menggunakan motorsikal. Ada yang tayar pancit, ada yang tali trotal putus, ada yang tiba-tiba engine mati, motor lama tersadai dan touch up body (vespa hijau). 
Siapa yang pakai motorsikal pasti akan tahu akan peritnya kalau motorsikal anda brake down di tepi jalan. 
 Ada seorang abang ni hanya tinggalkan motorsikalnya di tepi jalan apabila brake down dan call saya untuk pickup dan hantar ke bengkel. Dia dah balik naik uber katanya. 
Mudah....!!  Hanya perlu share location dan saya akan pickup motorsikal anda. 
Whatapp saya : 0193304874

Saturday, April 22, 2017

Kedai printing dan kedai perabut - kita kawan

  
Kepada yang ada membuat tempahan printing dalam kuantiti yang banyak dan kedai tidak mahu menanggung kos trasport mungkin saya adalah pilihan terbaik anda. 
Kedai perabut yang mahu cut kos menyewa lori untuk menghantar perabut.... mungkin saya juga pilihan terbaik anda. 
Siapakah saya....
Saya free lance membuat job penghantaran barang dan towing motosikal. 
Reasonable price... tidak mahal dan tidak pula murah... yang sedang-sedang sahaja. 


wasap.my/+60193304874


To existing reserve printing in large quantities and do not want to bear the cost of transport maybe I was the best choice.

Furniture stores who want to cut the cost of renting a lorry to deliver furniture .... maybe I am also your best choice.

Who am I....

I am a free lance delivery man and towing motorcycles.

Reasonable price ... is not expensive nor cheap ... only moderate.


wasap.my/+60193304874

Wednesday, April 19, 2017

Malam masih di kebun

  Seronok bekerja sendiri. Penat lelah ada hasilnya. 
Beginilah saya hingga lewat malam masih ada permintaan untuk membawa serai dari kebun di Lenggeng, Negeri Sembilan  hantar ke pasar Klang. 
Terima kasih kepada pelanggan yang setia menggunakan servis saya. 

Berakit rakit kehulu,
Berenang renang ketepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian. 

Sekiranya anda ingin membawa hasil tanaman walau sejauh atau lewat malam saya sedia membantu. 


wasap.my/+60193304874




Friday, April 7, 2017

My daily job updates with single cab


Alhamdulillah rezki from Allah after I bought a new Hilux Single Cabin
Rezki dan usaha tangga kejayaan.. Dengan Hilux single cabin dimana ruang cargo nye lebih luas maka saya dapat membawa barang pelanggan dengan lebih yakin.
Kerja-kerja seperti membawa perabut, akuarium, membuang sampah binaan menjadi lebih mudah dan cepat.
Selain itu pickup seperti ini dapat masuk ke ruang basement tanpa halangan berbanding lori,

Anda...,
Sekiranya mahukan servis terbaik seperti ini hubungi saya melaui call/sms/whatapp 019-3304874.
Sokongan anda kejayaan saya...




Practice makes perfect .. Toyota Hilux single cabin the cargo space which is wider so I can carry the customer stuff with more confidence. Works like carrying furniture, aquarium, removing construction waste becomes easier and faster. Moreover pickup like this can go into the basement parking compare than lorry.. Dear customer, If want the best service like this do not hesitate to contact me via call / sms / whatapp 019-3304874.
Thank...

Kerja membersih sampah yang besar..


Kerja hari ini lain dari yang biasa saya buat... Hari ini saya mengambil upah untuk membersihkan kawasan rumah.
Beribu ribu warga Bangla datang dan hidup senang di Malaysia... Ini bermakna Malaysia ini adalah lubuk emas untuk mencari makan... maknanya kita rakyat tempatan ini berada dalam lubuk emas... huhu..apa lagi yang kita mahu?? usaha dan usaha tanpa rasa malu untuk bekerja walau hanya sebagai pembersih sampah...
Taman- taman perumahan kini sukar untuk membuang sisa sisa sampah yang besar seperti perabut dan lain-lain...
Sekiranya anda ada masalah untuk membuang sisa-sisa sampah yang besar boleh hubungi saya 019 3304874 .. Saya sedia membantu...



Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...