Hari 1 - Bazar ramadan di Terengganu.
Hari 2 - Bazar ramdan Pasir Puteh, Kelantan.
Hari 3 - Bazar ramadan Melaka.
Paling sedap pekat, likat, manis yang pernah saya beli air tebu di Terengganu. Sebelah Pantai Timur. Beza sekali dengan sebelah KL dan Melaka.
Pantai Timur Kelantan dan Terengganu mereka menjual air tebu tanpa campur ais dan rasanya tentu lah asli. Haha. Pehh sedap molep.
Kalau dah campur ais tentulah tawa rasanya.
Walaupun minum air tebu tanpa ais, rasa manis asli dari perahan sudah cukup menyegarkan. Tambahan pula pada musim panas berpuasa ni.
Mungkin manis dari air tebu tersebut menjadikan diri lebih segar dan bertenaga selepas berbuka.
Kerja seperti saya ini memang memerlukan tenaga segera. Selain bekalan kurma yang sentiasa ada dalam kereta. Bila singgah bazar ramadan air tebu pasti menjadi pilihan wajib.
http://servishantarbarang.blogspot.my
wasap.my/+60193304874
No comments:
Post a Comment