Saturday, June 25, 2016

Hantar Barang Ikea Lagi..


Alhamdulillah sekali lagi diberi kepercayaan oleh pelanggan yang sama untuk deliver barang dari Ikea Cheras ke Kedah dan Pulau Pinang..




Ini adalah tempahan yang paling banyak.. mungkin sebab nak raya. Hehe..

Anda!!! Sekiranya adalah Personal Shopper yang perlukan perkhidmatan pengangkutan, boleh terus hubungi saya 0193304874.
Selain itu anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk ke Ikea kerana saya juga boleh belikan barang tersebut dan hantar terus kepada pelanggan.



Durian Kg Bukit Gantang, Perak.


On the way back lepas hantar barang customer ke Kedah dan Pulau Pinang singgah sepetang di Kg Bukit Gantang. Memang niat nak balik ke KL ikut jalan lama untuk mencari pengalaman dan buah-buahan tempatan seperti durian dan cempedak.
Alhamdulillah di Kg Bukit Gantang banyak orang-orang tempatan yang menjual durian di tepi jalan.. harga antara RM5-8/kg..
Kg Bukit gantang ini terletak bersebelahan dengan lebuh raya Utara Selatan. Kalau anda perasan ada nampak jalan lama dari lebuh raya...
Makan durian dengan pulut dan santan memamg favorite... haha.
Secara keseluruhan durian kat sini memang tak boleh lawan durian Kuala Kurau..no 1 best..

Wednesday, June 22, 2016

Hantar Barang Restaurant Make Over.


Kembali menulis selepas 4 hari membuat jelajah pantai timur, Kota Bharu, Kuala Terenganu dan Kuantan untuk mencari makanan bazar ramadan yang kena dengan selera tekak.

Harini dapat job untuk ambil dan hantar barang dari kedai yang membuat make over....
Terima kasih pada saudara Fauzi yang telah dua kali mengunakan servis saya.

8 unit kerusi


3 unit lampu chandelier.


Haha nampaknya tempat pertama jatuh pada Negeri Terenganu. Antara yang menarik ialah kuih cara, ketupat pulut, tepong gomok... yang paling best air tebu... pehhh rasa macam minum pati... jauh beza dengan air tebu KL..

Next sudah tentu Kelantan... ingatkan Kelantan yang 1st.....
Di Kelantan dah tentu nasi kerabu, tak sangka boleh makan sampai 2 bungkus. 1 bungkus lagi nasi anak yang tak habis...
Di Kelantan, Bazar Ramadan Stadium Sultan Mohamad yang telah di cat pink. - Jala Mas, Daging Bakar, Ayam Percik... Peh!! memang mercik..

Last - Pahang... Di Pahang ni boleh katakan fail... kuih muihnya memang tak kena dengan selera..



Wednesday, June 15, 2016

16 Jun 2015 Pagi - Towing Motosikal.


Alhamdulillah. Dapat satu job pagi ni untuk bawa motosikal rosak ke bengkel dari Sunway ke Seksyen u2 Shah Alam...

16 Jun 2016 Job Bulan Puasa...Hantar Barang Jahitan Pelanggan di Jalan TAR



Job Bulan Puasa...5.pm
Pelanggan minta hantar 5 unit rak benang bersama-sama benangnya sekali penuhhh dalam kabin. Semasa unload hanya aku dan tuan punya barang sahaja tanpa bantuan...
Haha... kalau ada member yang post gambar cendol pulut durian boleh putus sahabat... 


10 Jun 2016. Shopping Barang IKEA dan hantar kepada pelanggan ke Utara.


Terima kasih kepada pelanggan saya dari Utara kerana mempercayai saya untuk shopping dan membuat penghantaran barang IKEA.

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...