Kembali menulis selepas 4 hari membuat jelajah pantai timur, Kota Bharu, Kuala Terenganu dan Kuantan untuk mencari makanan bazar ramadan yang kena dengan selera tekak.
Harini dapat job untuk ambil dan hantar barang dari kedai yang membuat make over....
Terima kasih pada saudara Fauzi yang telah dua kali mengunakan servis saya.
8 unit kerusi
3 unit lampu chandelier.
Haha nampaknya tempat pertama jatuh pada Negeri Terenganu. Antara yang menarik ialah kuih cara, ketupat pulut, tepong gomok... yang paling best air tebu... pehhh rasa macam minum pati... jauh beza dengan air tebu KL..
Next sudah tentu Kelantan... ingatkan Kelantan yang 1st.....
Di Kelantan dah tentu nasi kerabu, tak sangka boleh makan sampai 2 bungkus. 1 bungkus lagi nasi anak yang tak habis...
Di Kelantan, Bazar Ramadan Stadium Sultan Mohamad yang telah di cat pink. - Jala Mas, Daging Bakar, Ayam Percik... Peh!! memang mercik..
Last - Pahang... Di Pahang ni boleh katakan fail... kuih muihnya memang tak kena dengan selera..
No comments:
Post a Comment