Thursday, March 25, 2021

Barang personal Jurong East ke Segamat








+60193304874 : call Kamal

Customer request pindah barang-barang personal dari Singapore ke Segamat. Kita uruskan termasuk buat clearance dari puntu rumah area Blk 304 Jurong East hantar sampi pintu dapur rumah di Bandar Putra Segamat, Johor. 
Alhamdulillah pickup barang lebih kurang 1.00 tengah hari, barang selamat sampai Segamat lebih kurang 10 malm hari yang sama. 
Customer senyum tanda puas hati.
Lepas ni harap-harap boleh recommend kepada orang lain. 
Kalau ini yang terbaik. Insyaallah saya akan buat lebih-lebih baik lagi. 
Sekian.
Hello2 okey. Keep in touch. 
- Kamal -


Wednesday, March 10, 2021

Pindah rumah Jurong East to Bukit Jalil Malaysia





+60193304874 : call Kamal

Kita bawa barang pindah dari Kota Singapura to Kuala Lumpur, Malaysia harini. 
Barang-barang yang nak dibawa adalah barang personal. (Personal effect)
Kena maklumkan seminggu awal sebelum tarikh nak pindah. Ini bertujuan untuk membuat pengistiharan (declaration) pada custom. Perlu membuat senarai setiap barang yg nak dibawa dan asingkan list barang elektrik dan bukan elektrik. Barang elektrik perlu mendapatkan suruhanjaya tenaga Malaysia (saya akan buatkan)
Owner barang ni kena balik Malaysia dan kuarantin di Johor Bahru selama 10 hari baru boleh balik KL. 
Ada masalah dan dia terpaksa balik Malaysia.
Moga urusan owner barang ini dipermudahkan. 
Contact saya melalui numbor di atas untuk pertanyaan dan sebut harga. 
Sekian. 

Yang benar, 
Kamal

Monday, March 1, 2021

Silent reader ramai rupanya....



Katanya dapat no saya dari blog... Ohh ramai juga silence reader dalam blog saya. Tak pernah komen apa-apa tapi ada rupanya. 
Alhamdulillah.... blog saya ini tidak ada banyak info cuma lebih kepada promosi servis transport yang saya buat sekarang. Almaklumlah dunia tanpa sempadan dan hanya di hujung jari, semua maklumat dapat dimiliki. Rajin atau tidak, kreatif atau tidak, hendak atau tak nak....
Bermula menulis blog dari tahun 2016 hingga kini 2021 lebih 4 tahun secara consistence at least 2 times a month saya akan update blog. Walau simple, menulis kena ada mood juga.  
Terima kasih dan tahniah kepada anda yang terjumpa dan baca blog saya. Anda sangat saya harga...
0193304874 : call Kamal

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...