Tuesday, October 5, 2021

Beli barang di Singapore bawa balik KL.


Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis pun datang tolong tekan switch. Tekan button ni en abang…. Uhh 😬..tetiba cermin jadi putih…. Ohh tq adik.. abg org kg pandan…
Bukan nak cerita pasal jamban atau hotel… nak ceritanya saya ada buat delivery every week from KL - Singapore with permit. Biasanya KL - Singapore full trip dan trip balik saya ada membawa basikal / barang kepada customer yg dah tempah awal. 
Bagaimana membeli dan membawa balik barang2 dari Singapore πŸ‡ΈπŸ‡¬??? Wasap saya ok. πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
Wasap.my/+60193304874/Singapore
















Friday, October 1, 2021

Delivery Singapore - JB - KL

Boss no 1 belanja hotel malam ni. Mood dia baik semalam kot…
Lepas unload barang dari KL - Singapore. Saya bermalam di The Inn @ Temple rd. Pagi esoknya ada barang orang bujang pindah dari Singapore ke KL. 
Moga customer berpuas hati dengan servis saya. Recommend pada kawan2 okey. 








Friday, June 11, 2021

Maggi durian

Bekal nasi utk makan malam lepas exit dari border Singapore basi. Aduh... dah 8.30mlm kedai makan kat Malaysia semua dah tutup. Nak sampai kl almost 3-4 jam driving. Kena pickup barang di JB and  deliver dulu ke customer di Putrajaya. That’s mean tambah lg 1-2 jam utk sampai rumah di KL city. 
Ada 1 pack durian ni beli di Yishun Ring Rd. I pack harga $12. Saya ada $20 pls jgn convert to rm ya. Kalau convert lebih rm60 utk $20. so dia bg 2 pack. Alhamdulillah. Borak2 rupanya penjual ni orang Muar dia stranded kat Singapore sbb covid tak boleh balik Malaysia. Bila tanya durian kawin ke ni?? Dia jadi pelik tak tau... emmm betul ke ko ni org muar?? Durian kawin pun tak tau. Kat Singapore beli durian tak boleh bawa balik kulit. Huhu. Ada bagus jg nampak isi so tak boleh nak complain itu ini mcm org malaysia. Ulat la... takda isi la... 
tempat saya beli durian ni base on rasa... rasa manis, bitter, bitter sweet... emm org mkn durian nak rasa durian la bukan rasa lain2. 
Panjang pulak cerita pasal durian. 
Just nak cerita semalam makan maggi cup dengan durian... uhhh πŸ€” loya semacam rasa dia. Lapar punya pasal bedal saja. Utk makluman banyak kenderaan perdagangan cross border setiap hari termasuk la saya. Bagusnya bila pemandu kenderaan perdagangan ni,  bila masuk Singapore 1st akan kena swab test. Dpt result dalam 1/2 an hour so secara tak langsung kita dpt tau tahap kesihatan kita kalau +ve kena patah balik. 
Selain tu dapat food 🍱 pack for every person. Nasi, kari, sayur kadang2 ada telur dadar dan air. Not bad,  dapat banyak jimat duit kat sana. Cuma semlm foodpack habis dia ganti dgn jajan. Bekal nasi basi pula. Maybe sbb cuaca kot... 
Selain tu kita akan di beri gps tracker, token utk check in kat kedai. Kalau kita mysejahtera la... cuma dia pakai token just touch dekat dia punya reader atau hp tuan kedai. (Dasat kan... negara maju katakan). Saya juga boleh tidur di hotel Singapore yang staycation approved kalau ada urusan lain esoknya. 
Dan yg paling berharga saya dah dapat complete vaccine πŸ’‰ Pfizer. Bak kata pm kesayangan kita lepas vaccine boleh ke sana ke sini πŸ˜€πŸ˜€







Tuesday, June 8, 2021

Trip setiap minggu

Trip setiap minggu Singapore πŸ‡ΈπŸ‡¬ ➡️ jb ➡️ Melaka ➡️ Seremban ➡️ KL. 
Servis Bawa barang, basikal, pos motorsikal. 
Door to door. 









Thursday, March 25, 2021

Barang personal Jurong East ke Segamat








+60193304874 : call Kamal

Customer request pindah barang-barang personal dari Singapore ke Segamat. Kita uruskan termasuk buat clearance dari puntu rumah area Blk 304 Jurong East hantar sampi pintu dapur rumah di Bandar Putra Segamat, Johor. 
Alhamdulillah pickup barang lebih kurang 1.00 tengah hari, barang selamat sampai Segamat lebih kurang 10 malm hari yang sama. 
Customer senyum tanda puas hati.
Lepas ni harap-harap boleh recommend kepada orang lain. 
Kalau ini yang terbaik. Insyaallah saya akan buat lebih-lebih baik lagi. 
Sekian.
Hello2 okey. Keep in touch. 
- Kamal -


Wednesday, March 10, 2021

Pindah rumah Jurong East to Bukit Jalil Malaysia





+60193304874 : call Kamal

Kita bawa barang pindah dari Kota Singapura to Kuala Lumpur, Malaysia harini. 
Barang-barang yang nak dibawa adalah barang personal. (Personal effect)
Kena maklumkan seminggu awal sebelum tarikh nak pindah. Ini bertujuan untuk membuat pengistiharan (declaration) pada custom. Perlu membuat senarai setiap barang yg nak dibawa dan asingkan list barang elektrik dan bukan elektrik. Barang elektrik perlu mendapatkan suruhanjaya tenaga Malaysia (saya akan buatkan)
Owner barang ni kena balik Malaysia dan kuarantin di Johor Bahru selama 10 hari baru boleh balik KL. 
Ada masalah dan dia terpaksa balik Malaysia.
Moga urusan owner barang ini dipermudahkan. 
Contact saya melalui numbor di atas untuk pertanyaan dan sebut harga. 
Sekian. 

Yang benar, 
Kamal

Monday, March 1, 2021

Silent reader ramai rupanya....



Katanya dapat no saya dari blog... Ohh ramai juga silence reader dalam blog saya. Tak pernah komen apa-apa tapi ada rupanya. 
Alhamdulillah.... blog saya ini tidak ada banyak info cuma lebih kepada promosi servis transport yang saya buat sekarang. Almaklumlah dunia tanpa sempadan dan hanya di hujung jari, semua maklumat dapat dimiliki. Rajin atau tidak, kreatif atau tidak, hendak atau tak nak....
Bermula menulis blog dari tahun 2016 hingga kini 2021 lebih 4 tahun secara consistence at least 2 times a month saya akan update blog. Walau simple, menulis kena ada mood juga.  
Terima kasih dan tahniah kepada anda yang terjumpa dan baca blog saya. Anda sangat saya harga...
0193304874 : call Kamal

Tuesday, February 23, 2021

Jurong East to Ampang, KL





Sebuah frame dan sebuah basikal dari Jurong East ke Ampang, Kuala Lumpur. 
Ini bukan kali pertama saya buat delivery door to door basikal dari Singapore ke KL. Cuma kali ni rajin nak menulis.
Sudah menjadi trend zaman sekarang tidak kira usia tua atau muda lelaki atau perempuan di Malaysia atau di Singapura untuk mengayuh basikal atau membandingkan basikal masing-masing. Dari yang murah hingga yang mahal. Ada basikal yang ada di Singapore tapi tak ada di Malaysia begitu juga sebaliknya. 
Saya menjadi pengantara untuk pertukaran atau jual beli basikal antara Malaysia dan Singapura. Clearance dan bayaran kastam saya boleh uruskan. Harga... mesti bincang dulu hingga setuju... 
Ada juga barang lain selain basikal yang boleh dibawa masuk antara dua negara ini asalkan tidak salah dari undang-undang dan melalui jalan yang betul. 
Anda yang minat business atau membuat trading saya boleh uruskan. Kita guna saluran yang betul dan sah. Setiap negara ada undang-undang dan kita patut hormat dan patuh. 
Hubungi saya melalui no ini dan kita boleh bincang atau lebarkan sayap perniagaan anda. 
Buat sedikit kajian supply and demand terhadap produk anda, untung dan rugi, long term or short term. 
Jangan takut untuk mancuba dan melakukan kesilapan... belajar dari kesilapan lalu untuk berjaya. 
+60193304874 : call Kamal

Sunday, January 31, 2021

Trip KL - Singapore - KL





Trip perjalanan KL - Singapore πŸ‡ΈπŸ‡¬. 2.2.2021. Full. 
Perjalanan balik sepanjang laluan. Singapore - Johor - Melaka - Seremban - KL masih kosong. 
Wasap.my/+60193304874

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...