Wednesday, September 27, 2017

Sewa lori mahal ambillah saya yang sedang-sedang.





Membawa 1-2 barang bersaiz sederhana antara 6-8 kaki tidak perlu lagi menyewa sebuah lori. Saya menyediakan truck bersaiz sederhana yang sesuai dengan bajet anda. Boleh melalui basement parking dan jalan yang sempit. 
Hubungi saya untuk runding harga. 
Terima kasih. 

Tuesday, September 26, 2017

Job bawa pasir dan bahan binaan.

Harini dapat job untuk membawa pasir dan bahan binaan dari level G kondo ke tingkat 3. Kisahnya lori yang menghantar pasir ini tidak dapat masuk ke dalam bangunan kerana ketinggian lori tersebut. 
Jadi rancang transport yang sesuai dengan tempat yang kita hendak tuju. 
Di Kuala Lumpur sekarang ini kaya dengan kondo-kondo mewah dan owner baru mahu membuat ubahsuai. Pickup saya adalah yang paing sesuai untuk masuk ke ruang parking dan membawa bahan binaan seperti pasir dan simen. 






Tuesday, September 19, 2017

Dismantle, move and assemble snooker 🎱 table.




Sudah ada beberapa pembeli yang datang melihat dan nak beli meja snooker 🎱 ini tapi hajat tak kesampaian kerana tidak ada orang yang boleh membawanya. 
Rumah landed tapi meja di tingkat atas manakala pembeli rumah landed tapi atas bukit, kena park lori di bawah dan bawanya menaiki tangga. 
Mencabar bukan??? Itu yang kita mahu....
Pembeli ini bernasib baik kerana berjumpa dengan saya... selepas membuat beberapa rundingan dan semua pihak bersetuju maka kerja2 mengalihkan meja ini berjalan lancar. 
Meja snooker 🎱 baru harganya berbelas ribu tapi dengan membeli meja 🎱 terpakai termasuk kos dismantle and assemble masih lagi berbaloi. 
Anda.... pembaca blog saya.. sekiranya mahukan servis terbaik seperti ini boleh hubungi saya untuk pertanyaan. 

Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...