seramai 300 penduduk yang tersiri daripada orang asli Suku Semai. Kegiatan utama penduduk kampung ialah bercucuk tanan, mencari hasil hutan dan memburu.
Aktiviti kami kali ini ialah membawa barang dan pekerja Samsung dari Kuala Lumpur ke Kg Orang Asli Tual.
Kumpulan kami telah 2x dipilih oleh pihak penganjur untuk aktiviti ini.
Terdiri daripada 15 buah pickup 4x4, 2 buah bas dari samsung dan sebuah lori 3 ton.
Antara aktiviti yang diadakan adalah : menanam pokok, makan durian, sumbangan barangan dan lain-lain.
Untuk pengetahuan.. pihak Samsung sebenarnya telah menaik taraf kuasa solar sedia ada dari 4KW kepada 8KW... tepuk!! tepuk!! tepuk!!. Terima kasih Samsung dan tahniah penduduk Kg Tual.
Hasil dari naik taraf ini, dewan utama penduduk kg tual telah menambah beberapa unit kipas angin, lampu dan alatan eletrik yang lain...

Selain itu, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara orang asli dan masyarakat biasa di bandar.
Semoga aktiviti dan sumbangan seperti ini akan menjadi contoh kepada pihak2 lain yang ingin memberi sumbangan...
Anda :
pembaca yang budiman, sekiranya pihak anda ingin membuat aktiviti dan sumbangan seperti ini boleh menghubungi saya - Kamal 0193304874 -

Berikut adalah sedikit gambar sepanjang aktiviti di sana..
Sekian.
