Saturday, July 30, 2016

Hantaq Barang IKEA P Utara























Hantaq Barang IKEA P Utara....

Di sebabkan terdapat sedikit masalah, maka job penghantaran barang Ikea ke Utara berlaku sedikit kelewatan... fligh delay 3 jam.. adeh!!..

Sepatutnya load pukul 11.00 malam dan bertolak ke utara pukul 12.00.. masalah yang tidak dijangka load pukul 2.00 pagi dan bertolak pukul 3.00 pagi.

Orang Utara jangan marah... checq tak sengaja.. kita merancang tapi tuhan yang menentukan..



Sampai utara pukul 11.00 pagi, sepatutnya sampai subuh... sekali lagi check mintak maaf..

Anda.. pelanggan-pelangan  IKEA di Utara, Penang, Perak jangan serik untuk order lagi...

Tuesday, July 26, 2016

Job Rare Nih... Towing Moto Polis Tender



Rezki Allah ada di mana-mana... Tugas kita untuk mencarinya..
Rezki saya harini untuk membawa sebuah motosikal CBR750. Dari Putrajaya ke Seremban. Pelanggan saya ini telah menang lelongan motosikal dan ianya dalam proses untuk di baik pulih. Alhamdulillah mujur ada tanggan kalu tidak terpaksa pikul atas bahu untuk naikkanya ke atas truck..
Semunya berjalan lancar...
Anda pembaca di luar sana sekiranya mahukan servis saya untuk menghantar motosikal call saya 019 3304874. Sekian..







Monday, July 25, 2016

Jangan Tiru Aksi Ini...



Jangan tiru aksi ini....

Haha job kali ni hanya untuk jalan dalam taman yang sama. Tak lebih dari itu.. Bukan sahaja bahaya pada pengguna lain, bahaya juga kalau barang terjatuh dah tentu kena bayar ganti rugi..
Alhamdulillah sepanjang kerjaya saya sebagai seorang transporter belum pernah lg barang yang di bawa terjatuh... ikat bukan sebarang ikat, ini ikatan anak gajah namanya..
Anda... pembaca di luar saya sekiranya mahukan servis hantar barang dengan harga patut sila hubungi nombor tertera : 0193304874

Sunday, July 17, 2016

Servis Pasang Perabut Ikea.


Lepas beli perabut IKEA mesti nak pasangkan..??
Ya.Itulah istimewanya Ikea. Barang yang dibeli masih dalam kotak yang belum dipasang...
Servis kali ini customer mintak untuk pasangkan sekali selepas hantar. Bukan mudah seperti yang di sangka adik kakok..
Haha 1-2 jam jugak untuk pasangkan 1 unit Hurdal ni..
Alhamdulillah berjaya dan hasilnya adalah seperti yang di bawah ini.. Cantik..



Anda!! pembaca blog saya. Mahu saya pasangkan perabut IKEA anda??
Hubungi saya 019-3304874...
Kini anda tidak perlu lagi runsing untuk membeli perabut IKEA kerana saya ada untuk membantu anda..

Tuesday, July 12, 2016

Hantar Kucing Pulak... Kota Bharu to Key Ell



Macam-macam pelanggan ni... job yang ni memang tak dijangka...

Kali ni dapat job untuk deliver 4 ekor kucing dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak.

Kata tuan kucing ni jaga elok2, kucing ni mahal RM2-3K seekor... haha empat ekor ni boleh buat down payment kereta baru...

Tujuan kucing ni di bawa ke Gombak adalah untuk di kawinkan dengan 'orang' tempatan... haha...

Anda di luar sana mahukan servis seperti ini boleh hubungi saya 019-3304874.. harga boleh bincang sampai jadi..


Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...