Monday, November 21, 2016

Transporter Profesional



"Dah ada sebuah Hilux yang datang dan nak bawa moto ni ke KL tapi saya tak yakin. Biarlah yang profesional yang buat". Antara ayat yang keluar dari pelanggan ini... Ya biarlah yang profesional yang buat... 

Dari Kuala Lumpur saya pergi ke Gua Musang Kelantan untuk tugasan ini. Alhamdulillah atas kepercayaan pelanggan ini kepada saya.

Anda!! sekiranya mahukan servis pro seperti ini sila simpan no saya untuk kepentingan anda suatu masa nanti. 019 3304874
McDonas Auto S/B.



Thursday, October 13, 2016

Hantar 20 unit Pruta ke MRSM Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan.

Hari ini dapat job untuk membeli 20 unit Pruta di Ikea dan menghantar ke MRSM Pasir Tumboh, Kota Bharu. Katanya untuk hadiah hari sukan... Wow jauh import hadiah.. tahniah kepada pemenang nanti.
Terima kasih menggunakan servis saya. 20 unit pun saya sanggup hantar. Call/ WhatsApp 
0193304874 untuk servis yang terbaik ini. 

Majulah sukan untuk negara.



Saturday, October 8, 2016

Bawa Orang Survey Tanah Untuk Projek Ternakan Ayam.

 Job sedikit berbeza dari bawa barang kepada bawa orang... Hari ini dapat request untuk membawa orang survey tanah untuk membuka ladang ternakan ayam.

Dari Shah Alam ke Batang Melaka, Gemencheh dan Rembau. Wow sehari jugak job ni dari pagi sampai petang.. Ini lah rencah kerjaya seorang transporter..


 Bukan mudah... hanya kenderaan pacuan 4 roda saja yang boleh ke tempat yang dituju.. berbukit bukau dan laluan ladang.. Selain itu saya juga dapat ilmu berurusan jual beli tanah ni...emm better penuhkan dulu ilmu di dada sebelum berjinak-jinak dalam bidang jual beli tanah. Kena pandai baca peta dan berhubung dengan jabatan kerajaan yang berkaitan supaya tidak tertipu dan tahu harga pasaran.
Diharap saudara Aizam success dalam bidang yang ingin diceburi nanti... good luck bang... 

Moga usaha hari ini dapat hasilnya nanti.. 
Anda, pembaca yang budiman!! sekiranya mahukan service terbaik seperti ini boleh whatsapp 0193394874.Sedikit keuntungan bagi saya,kepuasan dan kejayaan milik anda...








Bawa Orang Survey Tanah Untuk Projek Ternakan Ayam.

 Job sedikit berbeza dari bawa barang kepada bawa orang... Hari ini dapat request untuk membawa orang survey tanah untuk membuka ladang ternakan ayam.

Dari Shah Alam ke Batang Melaka, Gemencheh dan Rembau. Wow sehari jugak job ni dari pagi sampai petang.. Ini lah rencah kerjaya seorang transporter..


 Bukan mudah... hanya kenderaan pacuan 4 roda saja yang boleh ke tempat yang dituju.. berbukit bukau dan laluan ladang.. Selain itu saya juga dapat ilmu berurusan jual beli tanah ni...emm better penuhkan dulu ilmu di dada sebelum berjinak-jinak dalam bidang jual beli tanah. Kena pandai baca peta dan berhubung dengan jabatan kerajaan yang berkaitan supaya tidak tertipu dan tahu harga pasaran.
Diharap saudara Aizam success dalam bidang yang ingin diceburi nanti... good luck bang... 

Moga usaha hari ini dapat hasilnya nanti.. 
Anda, pembaca yang budiman!! sekiranya mahukan service terbaik seperti ini boleh whatsapp 0193394874.Sedikit keuntungan bagi saya,kepuasan dan kejayaan milik anda...








Friday, October 7, 2016

Bawa treadmill di Bangsar... huhu boleh tahan berat.


Rezki hari ini bawa alat senaman... treadmill.. huhu boleh tahan beratnya... nak tersembul tulang kulbi... Apa pun job berjaya diselesaikan bawa naik tingkat atas katanya...
Nak sewa lori tak padan dengan harga sebab customer ni beli barang terpakai, so nak bajet2 la kan...
Terima kasih kerana percaya dan menggunakan servis saya..
Anda pembaca budiman... sekiranya mahukan servis bajet dab terbaik seperti ini boleh call/whatsapp ke 0193304874... Misi anda saya tunaikan....

Thursday, October 6, 2016

Towing Motosikal Putrajaya - Sri Kembangan..


Sekali sekala update job.. Putrajaya to Sri Kembangan.. Motosikal Naza brother ni ditakdirkan breakdown di kawasan Masjid Putra, Putrajaya...
Kata brother ni lagi dia dapat no saya melalui carian di Google dan berjumpa dengan blog ini.. Haha berjasa jugak ya... huhu.
  Terima kasih pada pelanggan yang menggunakan servis saya..
0193304874 call/WhatsApp utk misi bantuan..huhu

Monday, September 26, 2016

Membawa staff Samsung ke Kg Orang Asli Tual, Kuala Lipis Pahang.

Kampung Tual ialah sebuah perkampungan orang asli di Kuala LipisPahang yang dihuni oleh
seramai 300 penduduk yang tersiri daripada orang asli Suku Semai. Kegiatan utama penduduk kampung ialah bercucuk tanan, mencari hasil hutan dan memburu.

Aktiviti kami kali ini ialah membawa barang dan pekerja Samsung dari Kuala Lumpur ke Kg Orang Asli Tual.
Kumpulan kami telah 2x dipilih oleh pihak penganjur untuk aktiviti ini.

Terdiri daripada 15 buah pickup 4x4, 2 buah bas dari samsung dan sebuah lori 3 ton.

Antara aktiviti yang diadakan adalah : menanam pokok, makan durian, sumbangan barangan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan.. pihak Samsung sebenarnya telah menaik taraf kuasa solar sedia ada dari 4KW kepada 8KW... tepuk!! tepuk!! tepuk!!. Terima kasih Samsung dan tahniah penduduk Kg Tual. 
Hasil dari naik taraf ini, dewan utama penduduk kg tual telah menambah beberapa unit kipas angin, lampu dan alatan eletrik yang lain... 






Selain itu, aktiviti ini dapat merapatkan hubungan antara orang asli dan masyarakat biasa di bandar.

Semoga aktiviti dan sumbangan seperti ini akan menjadi contoh kepada pihak2 lain yang ingin memberi sumbangan...

Anda :

pembaca yang budiman, sekiranya pihak anda ingin membuat aktiviti dan sumbangan seperti ini boleh menghubungi saya - Kamal 0193304874 - 
Sekiranya hari ini kita dapat membantu orang, mungkin suatu masa nanti orang yang kita tolong akan menolong kita.

Berikut adalah sedikit gambar sepanjang aktiviti di sana..

Sekian.




















Wednesday, September 21, 2016

Towing Motosikal




Alhamdulillah... harini dapat membantu memudahkan urusan abam2 moto yang serentak 2 bijik rosak. 
Sebuah lg kemalangan... huhu. Nasib muka tak kena still handsome lagi. Dia mintak hantar ke bengkel dari rumahnya..
InsyaAllah kalu kita bantu orang nnt orang bantu kita pula. 
Anda... sekiranya mahukan servis Murah | Cepat | Selamat seperti ini sila Whatsapp/call : 0193304875.. 

Tuesday, September 20, 2016

Simple job lepas Raya Haji

Alhamdulillah dapat job lepas seminggu bercuti Raya Haji.. haha cuti lama nak start balik memang lemau. Simple2 job jadilah untuk permulaan...
Anda pembaca blog saya sekiranya mahukan servis baget dan berkualiti seperti ini...just sms/WhatsApp 0193304874. MURAH.CEPAT.SELAMAT.


Monday, August 15, 2016

Abang Ni Perasan Bawak Motosikal Scrambler....


Bak kata P.Ramlee... Selagi belum tutup mata kerja..kerja...kerja..

Update kerja untuk hari ini...towing 2 buat motosikal brake down.... 

Owner motosikal ni dah 2x gunakan servis saya tempat yang sama pulak tu rosaknya... alhamdulillah servis baik kot!! haha.. Katanya nak buat aksi staunt... jangan bang ingatlah orang yang tersayang...
Ditakdirkan jugak yang hanya ada di tempat ni adalah 'bonggol' seperti dalam gambar. Saya pulak tidak bawak ramp so kita jadi Macgyver hari ni... gunakan apa sahaja yang ada...



Abang Ni Perasan Bawak Motosikal Scrambler....

Alhamdulillah dengan kudrat yang ada motosikal ni berjaya naik..


Second job: Motosikal Superbike.
Jangan terkejut pemilik motosikal superbike ini adalah seorang chef. Hobby nya adalah berlumba.. Wahhh hebatlahh... Motosikalnya rosak dalam perjalanan ke tempat kerja... dengan sekikit bayaran saya hantarkan motosikal ini kerumahnya... selain pandai masak brother ni pandai repair sendiri motosikalnya.... haha tambah2 hebat lagi kan???

Kalau kita memudahkan urusan orang insyaAllah, Allah akan mudahkan urusan kita...

Anda... yang sedang membaca blog saya sila simpan no yang tertera. Kalau bukan sekarang suatu hari nanti anda pasti memerlukanya.... 0193304874..




Thursday, August 11, 2016

Sore Di Pagoh : Johor KL - Day trip






Sore di Pagoh, Johor. 
Rezki Allah ada di mana-mana, kita kena usaha mencarinya.

Alhamdulillah kali ini saya update mengenai day trip KL-Johor, Johor - KL.
Bertolak jam 10.00 pagi dari KL membawa sebuat motosikal pelanggan ke Gelang Patah. Dari sana membawa pula 2 buah motosikal ke Klang.


Terima kasih diucapkan pada sahabat seperjuangan Nik dan Mila yang banyak membantu..
Sampai di Klang lebih kurang jam 11.00 malam... 13jam travel secara solo... itu belum kira sampai rumah lagi...
Penat memang penat tapi berbaloi..demi meneruskan kelangsungan hidup, pahit getir aku harungi juga...





Anda... yang membaca blog saya sekiranya mahukan servis penghantaran barang, sila call/SMS/ Whatsapp ke 019-3304874. Saya sedia membantu anda..








Saturday, July 30, 2016

Hantaq Barang IKEA P Utara























Hantaq Barang IKEA P Utara....

Di sebabkan terdapat sedikit masalah, maka job penghantaran barang Ikea ke Utara berlaku sedikit kelewatan... fligh delay 3 jam.. adeh!!..

Sepatutnya load pukul 11.00 malam dan bertolak ke utara pukul 12.00.. masalah yang tidak dijangka load pukul 2.00 pagi dan bertolak pukul 3.00 pagi.

Orang Utara jangan marah... checq tak sengaja.. kita merancang tapi tuhan yang menentukan..



Sampai utara pukul 11.00 pagi, sepatutnya sampai subuh... sekali lagi check mintak maaf..

Anda.. pelanggan-pelangan  IKEA di Utara, Penang, Perak jangan serik untuk order lagi...

Tuesday, July 26, 2016

Job Rare Nih... Towing Moto Polis Tender



Rezki Allah ada di mana-mana... Tugas kita untuk mencarinya..
Rezki saya harini untuk membawa sebuah motosikal CBR750. Dari Putrajaya ke Seremban. Pelanggan saya ini telah menang lelongan motosikal dan ianya dalam proses untuk di baik pulih. Alhamdulillah mujur ada tanggan kalu tidak terpaksa pikul atas bahu untuk naikkanya ke atas truck..
Semunya berjalan lancar...
Anda pembaca di luar sana sekiranya mahukan servis saya untuk menghantar motosikal call saya 019 3304874. Sekian..







Monday, July 25, 2016

Jangan Tiru Aksi Ini...



Jangan tiru aksi ini....

Haha job kali ni hanya untuk jalan dalam taman yang sama. Tak lebih dari itu.. Bukan sahaja bahaya pada pengguna lain, bahaya juga kalau barang terjatuh dah tentu kena bayar ganti rugi..
Alhamdulillah sepanjang kerjaya saya sebagai seorang transporter belum pernah lg barang yang di bawa terjatuh... ikat bukan sebarang ikat, ini ikatan anak gajah namanya..
Anda... pembaca di luar saya sekiranya mahukan servis hantar barang dengan harga patut sila hubungi nombor tertera : 0193304874

Sunday, July 17, 2016

Servis Pasang Perabut Ikea.


Lepas beli perabut IKEA mesti nak pasangkan..??
Ya.Itulah istimewanya Ikea. Barang yang dibeli masih dalam kotak yang belum dipasang...
Servis kali ini customer mintak untuk pasangkan sekali selepas hantar. Bukan mudah seperti yang di sangka adik kakok..
Haha 1-2 jam jugak untuk pasangkan 1 unit Hurdal ni..
Alhamdulillah berjaya dan hasilnya adalah seperti yang di bawah ini.. Cantik..



Anda!! pembaca blog saya. Mahu saya pasangkan perabut IKEA anda??
Hubungi saya 019-3304874...
Kini anda tidak perlu lagi runsing untuk membeli perabut IKEA kerana saya ada untuk membantu anda..

Tuesday, July 12, 2016

Hantar Kucing Pulak... Kota Bharu to Key Ell



Macam-macam pelanggan ni... job yang ni memang tak dijangka...

Kali ni dapat job untuk deliver 4 ekor kucing dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak.

Kata tuan kucing ni jaga elok2, kucing ni mahal RM2-3K seekor... haha empat ekor ni boleh buat down payment kereta baru...

Tujuan kucing ni di bawa ke Gombak adalah untuk di kawinkan dengan 'orang' tempatan... haha...

Anda di luar sana mahukan servis seperti ini boleh hubungi saya 019-3304874.. harga boleh bincang sampai jadi..


Beli barang di Singapore bawa balik KL.

Tak suka dapat hotel yg jamban transparent mcm ni…. So kita tanya counter kot2 ada langsir boleh cover. Dgn rasa bangga adik yg cantik manis...